Kelas E-Learning bersama Pelajar SK St. Patrick
26 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas E-Learning bersama Pelajar SK St. Patrick ini telah diadakan pada hari Selasa, 25 Julai 2017. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para peserta dengan laman web pembelajaran atas talian iaitu VLE Frog sekolah iaitu 1BestariNet, dan meningkatkan kemampuan para pelajar sekolah menggunakan capaian internet melalui pengenalan kepada laman carian google.
Kelas yang berlangsung di PI Krokong selama 2 jam ini telah dihadiri seramai 28 orang peserta bermula dari 10.30 pagi ini telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: